Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.
Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utamanya adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.
Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor
1) Wanita yang layak adalah mereka berumur 50 tahun ke atas yang lahir dan sedang menetap di Selangor.
2) Mereka yang bukan kelahiran Selangor mestilah telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
03 5481 8839 / 03 5481 8835
Alamat
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.